awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakarta tetap teruskan sambutan Tahun Baru, kata Gabenor

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
31/12/2014
08:48 MYT
Jakarta tetap teruskan sambutan Tahun Baru, kata Gabenor
Gabenor Jakarta, Basuki Ahok Tjahaja Purnama memutuskan akan tetap melaksanakan perayaan tahun baru itu walaupun negara berdepan dengan suasana duka.
Meskipun Indonesia berdepan dengan tragedi nahas pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada 28 Disember lalu, acara tahunan 'Jakarta Night Festival' tetap akan diteruskan.
Menurut portal Tribunnews, Gabenor Jakarta, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama memutuskan akan tetap melaksanakan perayaan tahun baru itu walaupun negara berdepan dengan suasana duka.
“Kita tidak boleh terus menerus berduka. Kita juga berharap agar tahun hadapan kejadian seperti ini tidak berulang.
Kita juga akan adakan upacara berdoa untuk sama-sama mengenang kejadian yang berlaku. Lilin-lilin akan kita nyalakan supaya keluarga yang ditinggalkan akan diberi kekuatan, rezeki dan kesabaran” kata Ahok ketika ditemui di Bundaran (bulatan) Hotel Indonesia, Jakarta pada Rabu.
Dalam acara tahunan itu nanti, sembilan pentas akan dibina di sepanjang jalan MH Thamrin ke Medan Merdeka Barat.
Sambutan tahun baru Jakarta itu akan berlangsung malam ini mulai jam 5 petang sehingga 1 pagi yang berkonsepkan ‘car free day'.
Topic Berkaitan
#Basuki Ahok Tjahaja Purnama
#Jakarta Night Festival
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan