awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/02/2025
11:20 MYT
JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
Sirajuddin berkata, Islam mengiktiraf hiburan sebagai elemen yang membawa kegembiraan dan kesejahteraan, namun ia perlu berlandaskan adab dan tidak bercanggah dengan syarak. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, perbuatan itu menimbulkan keresahan awam dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.
“OIeh itu, JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“JAKIM juga akan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan serta mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut JAKIM, Islam mengiktiraf hiburan sebagai elemen yang membawa kegembiraan dan kesejahteraan, namun ia perlu berlandaskan adab dan tidak bercanggah dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.
Rentetan itu, JAKIM menasihati semua pihak dapat menghormati nilai serta sensitiviti agama di negara ini dan berharap perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Sirajuddin Suhaimee
#acara hiburan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan