awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan

Bernama
Bernama
23/02/2023
15:28 MYT
Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
Mohd Na'im berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu penggunaan tulisan Jawi yang tepat bagi urusan rasmi.
Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan akan meneliti semula ejaan Jawi kini berbanding edisi Za'ba agar ia bersesuaian dengan maksud asal, Mohd Na'im berkata Jakim akan menyemak semula perkara itu.
"... dan kita mengharapkan daripada semakan itu, kita akan memperbaiki dan melihat kepada Jawi yang boleh diterima supaya makna sebenar tidak akan lari," katanya.
Beliau juga berkata sebanyak 30 institusi tahfiz melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini.
Katanya program itu boleh diperluas kepada Sekolah Agama Rakyat lain dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, kolej komuniti GiatMARA dan beberapa agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#tulisan jawi
#penerbitan
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan