awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim minta MCMC ambil tindakan terhadap pemilik akaun sebar kebencian, menghasut

Bernama
Bernama
21/04/2025
05:15 MYT
Jakim minta MCMC ambil tindakan terhadap pemilik akaun sebar kebencian, menghasut
Sirajuddin berkata pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan berunsur penghinaan, hasutan dan kebencian terhadap agama Islam. - Foto Jakim
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook 'Lyan Liu' yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan di media sosial.

Ringkasan AI
  • Jakim meminta MCMC mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook 'Lyan Liu' yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan terhadap agama Islam.
  • Aduan telah dikemukakan kepada MCMC kerana kandungan hantaran tersebut mengandungi unsur ekstremisme, kebencian agama, dan perkauman.
  • Jakim menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh atau bertindak balas secara emosional terhadap provokasi, dan menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan berunsur penghinaan, hasutan dan kebencian terhadap agama Islam dan aduan terhadap pemilik akaun itu telah dikemukakan kepada MCMC.
"JAKIM telah mengemukakan aduan kepada MCMC agar tindakan sewajarnya dapat diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, memandangkan kandungan (hantaran) tersebut jelas berunsur ekstremisme, kebencian agama dan perkauman.
"Kenyataan dimuat naik individu berkenaan mengandungi unsur penghinaan keterlaluan terhadap agama dan bangsa jelas bertentangan dengan prinsip keharmonian antara kaum dan agama yang telah lama dipelihara di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebebasan bersuara seharusnya tidak disalahgunakan untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama kerana tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan sensitiviti umat Islam malah berpotensi mengganggu ketenteraman awam serta menggugat perpaduan nasional.
Sirajuddin menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh atau bertindak balas secara emosional terhadap sebarang bentuk provokasi, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan lunas undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#MCMC
#'Lyan Liu'
#Facebook
#hasutan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan