awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM, pihak berkuasa pastikan 'Glamping With Pride' tidak diteruskan - Zulkifli

Bernama
Bernama
12/01/2026
15:15 MYT
JAKIM, pihak berkuasa pastikan 'Glamping With Pride' tidak diteruskan - Zulkifli
Dr Zulkifli berkata pihaknya turut menyerahkan siasatan berhubung program itu kepada pihak polis. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan program "Glamping With Pride" tidak diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Ringkasan AI
  • JAKIM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk hentikan program "Glamping With Pride" yang dipertikaikan, kata Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Hasan.
  • Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung program tersebut dan JAKIM bersedia memantau agar program tersebut tidak diteruskan.
  • JAKIM menegaskan program tersebut bertentangan dengan undang-undang sedia ada, dan polis telah menerima lima laporan berkaitan iklan program tersebut yang dijadualkan berlangsung di Selangor.

Beliau berkata pihaknya turut menyerahkan siasatan berhubung program itu kepada pihak polis.
"JAKIM akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk memantau supaya mereka (penganjur) tidak meneruskan hasrat itu.
"Jabatan Agama Islam Selangor akan mengambil tindakan susulan bersama dengan pihak polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu, di sini hari ini.
Sebelum ini, JAKIM memaklumkan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program "Glamping With Pride" dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha atau pendekatan yang bertujuan menormalisasikan perlakuan seks songsang.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata perbuatan sedemikian juga menyalahi undang-undang sedia ada, termasuk Seksyen 25, Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan berkaitan seks luar tabii.
Setakat ini, polis menerima lima laporan berkaitan iklan program berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Jan di Hulu Langat, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#seks songsang
#undang-undang
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan