awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim saran masjid dan surau buat solat gerhana bulan Sabtu ini

Bernama
Bernama
01/04/2015
11:47 MYT
Jakim saran masjid dan surau buat solat gerhana bulan Sabtu ini
Othman Mustapha berkata, solat gerhana bulan perlu dilakukan sebagaimana hadis yang diriwayat Imam Muslim.
Sempena fenomena gerhana bulan penuh Sabtu ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyaran agar masjid dan surau mengadakan solat sunat 'khusuf' (solat sunat gerhana bulan) beserta khutbah.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya melalui masjid utama seperti Masjid Negara di ibu negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf selepas solat Maghrib.
Beliau berkata solat gerhana bulan perlu dilakukan sebagaimana hadis yang diriwayat Imam Muslim.
Dalam masa yang sama, Jakim dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Putra dan orang ramai dijemput menyertainya.
Agensi Angkasa Negara menyatakan fenomena gerhana bulan penuh itu merupakan satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia tahun ini.
Ia dijangka bermula pada pukul 5.01 petang iaitu apabila bulan memasuki bayang-bayang penumbra manakala kemuncak gerhana ialah pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 10.59 malam apabila bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.
ARTIKEL BERKAITAN : Gerhana bulan penuh Sabtu ini
Topic Berkaitan
#bulan
#Fenomena
#Gerhana
#JAKIM
#Othman Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan