BUKIT GANTANG: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya, apabila menerima maklumat termasuk menggantung kilang atau loji pembuatan makanan untuk siasatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan itu perlu, memandangkan pensijilan halal Malaysia antara yang dihormati di seluruh dunia.
"Kerana itu kita serius dan tidak main-main mengenai halal. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa baru-baru ini Jakim menggantung sebuah dari 16 loji yang ada di bawah pemantauan Jakim untuk siasatan," katanya dalam sidang media pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) mukim Trong dekat sini hari ini.
Pada 14 Mei, Jakim menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.
Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pada masa sama Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA), selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Tindakan itu dibuat selepas seorang lelaki dikenali sebagai 'the Hood Man' atau Abdullah, membuat pendedahan bahawa loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Idris berkata pihaknya akan menghubungi orang yang membuat laporan tersebut untuk mendapatkan maklumat lengkap.
"Penyebar video itu menggunakan nama samaran Abdulllah. Dia ada nama lain, dia dari Somalia. Kita juga sedang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut," jelasnya.
Dalam pada itu, mengenai jemaah haji, Idris berkata Tabung Haji telah membuat panggilan kedua pada 10 Mei lalu, untuk jemaah yang layak ke Tanah Suci nanti.
"Bagaimanapun jumlah panggilan itu saya tidak pasti, kerana panggilan itu berdasarkan mereka yang menolak tawaran daripada panggilan pertama yang ditutup pada 9 Mei lalu," katanya.
Menurutnya, penerbangan pertama yang dijangka pada 31 Mei ini kemungkinan akan ditunda antara 3 hingga 4 Jun depan, kerana kekurangan pesawat dan perkara ini akan dikemas kini kemudian.
Malaysia memperoleh kuota 14,306 orang untuk menunaikan haji tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Manurut Idris, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya. - Gambar fail

Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.

Jiwa SME | Platform e-hailing pacu pertumbuhan jualan durian
Raja segala buah... durian menerima permintaan tinggi hampir setiap masa. Namun industri ini tidak lari dari terkesan ketika pandemik dengan permintaan merosot. Namun bagi peniaga mereka turut sama tidak lari daripada adaptasi platform digital untuk mendapatkan akses pasaran lebih luas.

4,111 aduan pencemaran direkod sehingga Jun tahun ini
Daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Haji: Idris puji perkhidmatan terbaik TH
Jemaah haji Malaysia memang bertuah, kata Idris.

Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.

Pastikan kesahihan terlebih dahulu jika ditawarkan visa furada - Idris
Ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022
Malaysia akan menerangkan contoh bagaimana keharmonian diwujudkan dalam masyarakat majmuk.

Pihak berkuasa agama negeri perlu panggil pasangan DJ popular
Pihak berkuasa agama negeri perlu memandang serius tindakan sesetengah individu yang melakukan perbuatan yang 'dilihat' bertentangan dengan ajaran Islam terutama di media sosial.

JKMMS diwujud semula, martabatkan institusi Mahkamah Syariah
Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dan melantik 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.

Lapor jika ada perubatan Islam 'online' menyeleweng
Orang ramai diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada amalan perubatan Islam dalam talian yang salah dan menyeleweng di sisi agama.

Isu loji sembelihan Australia tidak jejas bekalan daging Aidiladha
Isu penggantungan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia tidak akan menjejaskan bekalan daging lembu khususnya untuk sambutan Aidiladha.

Akta Profesion Guaman Syarie mula dikuat kuasa 21 Jun
Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] akan mula dikuatkuasakan pada 21 Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

"Kalau berkarya, janganlah terlalu barat" - Menteri Agama tegur karyawan seni
Idris Ahmad minta penggiat seni elakkan elemen gaya hidup yang bertentangan dengan adab serta nilai agama dalam karya mereka.