awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli

Bernama
Bernama
27/08/2023
21:30 MYT
JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli
Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ketua Pengarahnya Datuk Sapiah Mohd Nor. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ketua Pengarahnya Datuk Sapiah Mohd Nor.
Beliau berkata pemerkasaan Akta 134 berkenaan merangkumi pelbagai perkara termasuk pemilikan tanah, pendaftaran perkahwinan dan kelahiran anak Orang Asli.
"Saya harap masyarakat Orang Asli dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang akan memiliki tanah setaraf atau sama dengan masyarakat perdana yang bergeran (menerusi pemerkasaan Akta 134 ini).
"Ia sekali gus dapat memberi masa hadapan yang lebih baik kepada golongan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Ahad.
Pada Istiadat berkenaan, beliau dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Pada Februari lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pindaan akta itu penting memandangkan terdapat beberapa kekangan melibatkan hak masyarakat Orang Asli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#Akta 134
#Orang Asli
#Sapiah Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan