Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jururawat mengaku tidak bersalah palsukan 10 sijil cuti sakit

Zaleha Ismail (tengah) didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April lepas. -Foto Bernama
Zaleha Ismail (tengah) didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April lepas. -Foto Bernama

Advertisement

PEKAN: Seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan ibu dan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan 10 keping sijil cuti sakit antara Mac hingga April lepas.

Zaleha Ismail, 55, didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang di sini, antara 1 Mac hingga 27 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman memohon jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, mengambil kira keseriusan kesalahan, status tertuduh sebagai penjawat awam serta kepentingan awam.

Peguam Ahmad Deniel Roslan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang bersesuaian dengan mengambil kira keadaan kewangan dan tanggungan tertuduh.

Beliau berkata tertuduh bekerja sebagai jururawat dengan pendapatan kira-kira RM3,500 sebulan dan merupakan pencari nafkah tunggal keluarga berikutan suaminya mengalami strok dan tidak dapat bekerja serta menanggung dua orang anak yang masih bersekolah.

Majistret Melody Woon Sze Mun membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan penyerahan dokumen.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement