awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini

Bernama
Bernama
01/07/2024
11:45 MYT
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Izham (empat dari kanan) merasmikan pembukaan Jalan Batang Kali-Genting Highland, hari ini. -Bernama
BATANG KALI: Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup lebih setahun susulan kejadian tanah runtuh pada 16 Dis 2022 yang mengorbankan 31 nyawa, dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula 3 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata sebelum ini laluan itu hanya dibenarkan kepada pekerja di kawasan Genting Highlands namun kini dibuka untuk semua pengguna selepas kerja-kerja pembaikan cerun dengan kos kira-kira RM19 juta siap pada 15 Jun lepas.
"Seperti yang semua dapat lihat, cerun empat tingkat setinggi 25 meter ini telah siap dilaksanakan. (Pembaikan cerun menggunakan) Sistem Terralink Wall ini merupakan yang pertama kali digunakan di kawasan Batang Kali," katanya selepas merasmikan pembukaan jalan berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Insiden tanah runtuh yang menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm itu mengakibatkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#Jalan Batang Kali
#tanah runtuh
#pembaikan cerun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan