GEORGE TOWN: Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dikenali sebagai jalan berkembar tertinggi di Malaysia ditakungi air selepas hujan lebat, pada petang Sabtu.
Video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu tular di laman sosial dan mendapat kecaman ramai malah ada yang melahirkan kekecewaan apabila projek bernilai RM378.2 tidak mempunyai sistem saliran yang baik.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melalui laman Facebook rasmi memaklumkan, Pusat Intelligent Operations Centre MBPP melaporkan bahawa pada jam 6.30 petang pada Sabtu, berlakunya takungan air di bahagian penghujung Jejantas Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon.
Menurut MBPP, takungan air itu adalah disebabkan hujan lebat di kawasan tersebut.
"Siasatan telah dibuat dan mendapati bahawa terdapat daun-daun kering dan sampah sarap menghalang laluan air keluar dari sistem perparitan dengan sempurna.
"Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan segera dan laluan tersebut kembali sempurna dan selamat digunakan oleh orang awam," menurut MBPP.
Dalam pada itu, MBPP berharap semua orang awam dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sikap segelintir masyarakat yang suka membuang sampah di Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) amat dikesali.
Pada 13 Januari lalu, Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) Fasa Satu di sini yang bernilai RM378.2 juta dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Projek tersebut adalah lebuh raya tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 61.5 meter selain menyediakan lorong basikal di sepanjang jalan berkembar tersebut.
Projek sepanjang 3.825 kilometer (km) itu merupakan laluan alternatif kepada kira-kira 60,000 penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Feb 05 2022

Petugas MBPP mengutip daun-daun kering dan sampah sarap yang menghalang laluan air keluar dari sistem perparitan dengan sempurna. - Foto Sinar Harian

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.

Jalan berkembar tertinggi Bukit Kukus ditakungi air
Video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu tular di laman sosial dan mendapat kecaman ramai.

Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Mohd Husaini, yang dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang, meninggal dunia di tempat kejadian.