GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08) yang mengalami kerosakan teruk akibat cuaca buruk sepanjang musim tengkujuh ini akan dibaik pulih dengan kadar segera pada bulan ini sekiranya tidak hujan.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata kerja-kerja tersebut termasuk membaiki permukaan jalan terutamanya di kawasan sekitar Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh dan lencongan berdekatan tapak pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di jalan Persiaran Raya.
Menurutnya hanya kaedah tampalan sementara dapat dilakukan pihak pasukan pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan pasukan konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd untuk membaik pulih jalan yang berlubang memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.
"Tindakan membaik pulih telah dilakukan, namun kerosakan masih berlaku disebabkan peningkatan trafik pada waktu cuti sekolah dan perayaan Krismas, selain hujan yang berterusan.
"Saya jangkakan kerja-kerja membaiki permukaan jalan (FT08) akan dapat dimulakan pada bulan ini dan kita berharap keadaan cuaca akan baik bagi memastikan kerja-kerja membaik pulih dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama Unit Projek Khas ECER 1 JKR dan Roadcare (M) Sdn Bhd di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial pengguna jalan utama Gua Musang-Kuala Krai terpaksa melalui laluan yang rosak dan berlubang hingga menyebabkan kerosakan rim serta tayar kenderaan.
Susulan itu, Mohd Suhaili berkata lebih 60 aduan diterima daripada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan terutama di kawasan sekitar RKT Paloh dan lencongan berdekatan tapak pembinaan LTU di jalan Persiaran Raya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berharap masalah pengguna jalan terbabit dapat diselesaikan apabila kerja-kerja membaiki permukaan jalan sudah dibuat.
"Saya percaya pihak JKR tidak berdiam diri dalam hal ini, bagaimanapun sebagaimana yang disampaikan tadi mereka juga berharap cuaca memihak kepada kita.
"Sekiranya hujan masih berterusan mereka tidak dapat melaksanakan kerja-kerja itu. Mengikut jangkaan daripada pihak JKR dalam bulan Jan ini mereka akan membaiki permukaan jalan bukan lagi tampalan sementara ataupun kekal di kawasan yang berisiko dan berlubang," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Mohd Suhaili berkata kerja-kerja tersebut termasuk membaiki permukaan jalan terutamanya di kawasan sekitar RKT Paloh dan lencongan berdekatan tapak pembinaan projek LTU di jalan Persiaran Raya. - Gambar Bernama
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Draf kerja Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 telah dirangka - Azalina
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023.
Jalan Gua Musang-Kuala Krai dijangka dibaik pulih bulan ini - JKR
Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08) yang mengalami kerosakan teruk akibat cuaca buruk sepanjang musim tengkujuh ini akan dibaik pulih dengan kadar segera pada bulan ini sekiranya tidak hujan.