KAPIT:Satu jalan lencongan sementara siap dibina bagi melancarkan perjalanan penduduk Kapit yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor berkata, jalan lencongan sementara satu hala itu dibina sepanjang 70 meter selain sudah boleh dilalui kenderaan.
Jelasnya, pada masa ini, pihak kontraktor Cahya Mata Sarawak (CMS) Berhad giat melakukan kerja-kerja pengukuhan jalan yang runtuh bagi memastikan keselamatan pengguna.
"Setakat ini, laluan lencongan satu hala dibina sepanjang 70 meter selain boleh digunakan. Bagaimanapun, memandangkan daerah Kapit kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), laluan keluar masuk akan dipantau dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Semalam, laluan di kilometer 1, Jalan Melekun-Mujong disedari runtuh oleh penduduk tempatan ketika melalui laluan itu kira-kira pukul 6 pagi.
Mengulas mengenai kejadian itu, Erwandy tidak menolak kemungkinan runtuhan jalan itu disebabkan kelembapan tanah ekoran hujan berterusan sepanjang malam Isnin.
"Kami juga mendapat maklumat terdapat dua penduduk yang terlibat kemalangan akibat runtuhan itu namun mereka tidak mengalami kecederaan parah dan dibenarkan pulang kerumah selepas mendapat rawatan di Hospital Kapit," katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Feb 03 2021
Laluan lencongan sementara sepanjang 70 meter siap dibina selepas Jalan Melekun-Mujong runtuh semalam. - Foto ihsan JPBM Sarawak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina
Satu jalan lencongan sementara siap dibina bagi melancarkan perjalanan penduduk Kapit yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong pada Selasa.