Skip to main content

Malaysia

Jalan pintas Muar–Tangkak–Segamat dijangka siap Februari 2027

𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐌𝐮𝐚𝐫–𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐤–𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐜𝐮, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Alhamdulillah, harini saya ingin kongsikan perkembangan projek menaiktaraf jalan pintas dari Kolej Matrikulasi ke kawasan perindustrian Tangkak. Laluan ini amat penting sebagai alternatif baharu untuk melancarkan pergerakan rakyat dan menyokong aktiviti ekonomi setempat.
Projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 8.1 kilometer dengan empat lorong dua hala. - Foto FB Fazli Salleh

JOHOR BAHRU: Projek jalan pintas yang menghubungkan tiga daerah, iaitu Muar, Tangkak dan Segamat dengan anggaran kos RM183 juta dijangka siap pada Februari 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata projek berkenaan kini agak mendahului jadual apabila mencapai kemajuan 72.19 peratus setakat Mac 2026.

Advertisement

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf laluan yang turut menghubungkan Kolej Matrikulasi Tangkak ke Kawasan Perindustrian Tangkak itu berjalan dengan lancar, aktif dan terancang tanpa sebarang isu besar yang menjejaskan kemajuan keseluruhan projek.

“Projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 8.1 kilometer dengan empat lorong dua hala, enam persimpangan berlampu isyarat serta empat jambatan termasuk merentasi Lebuh Raya Utara–Selatan (PLUS).

“Ia turut dilengkapi dengan kemudahan sokongan seperti sistem perparitan, lampu jalan dan kerja-kerja pengalihan utiliti,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata kerja-kerja utama termasuk pembinaan struktur jambatan, kerja tanah dan turapan jalan kini dilaksanakan secara serentak.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video