Jalan Raja ditutup sehingga Ahad

Penutupan sepanjang Jalan Raja di Dataran Merdeka adalah untuk kerja-kerja  menaik taraf.
Unit Media Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, ia dijadual akan ditutup sehingga Ahad ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat menggunakan jalan alternatif  bagi mengurangkan  kesesakan lalu lintas.
Antara lain, anggota-anggota DBKL turut berada di kawasan sekitar bagi mengawal trafik.
Perintah penutupan Jalan Raja pernah dibuat akhir November lepas  kerana tujuan sama.
Namun tarikh tersebut bertembung dengan peserta perarakan Himpunan Hijau yang berarak dari Kuantan sejauh 300 kilometer dan  ingin menamatkan perarakan di Dataran Merdeka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

