awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
11/01/2023
15:14 MYT
Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah. - Foto media sosial
TUARAN: Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa mengambil masa berjalan sehingga dua jam untuk ke sekolah.
Berdasarkan video tular berdurasi 19 saat yang dikongsikan di Twitter oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, bukan sahaja keadaan itu dilihat mengganggu rutin seharian penduduk kampung, malah mereka turut berhadapan dengan risiko keselamatan akibat jalan yang sering digunakan kini menjadi laluan air.
Madius menerusi hantaran Twitter pada Rabu itu turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah agar mengambil tindakan segera bagi menaik taraf jalan tersebut demi kemudahan dan keselamatan penduduk kampung.
"@DrZahidHamidi⁩ ⁦@FadhlinaSiddiq⁩ Guru-guru Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan kaki 2 jam untuk sampai ke sekolah kerana jalan raya terputus di beberapa tempat akibat hakisan. #SKWasai #PPD #P170Tuaran #Hakisan", tulis Madius menerusi hantaran Twitter pada Rabu.
@DrZahidHamidi @FadhlinaSiddiq guru2 SK Wasai terpaksa berjalan kaki 2 jam utk sampai ke sekolah kerana jalanraya terputus dibeberapa tempat akibat hakisan. #SKWasai #PPD #P170Tuaran #Hakisan pic.twitter.com/PhYERy93N4
— Wilfred Madius Tangau (@madiustangau) January 11, 2023
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menerusi satu kenyataan bertulis memaklumkan, beberapa kawasan yang terkesan di jalan Kampung Wasai setakat ini dapat diakses semula selepas tindakan awal diambil oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran sejurus beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Pengarah JKR Sabah pada hari yang sama selepas kejadian.
"Saya telah memaklumkan masalah tersebut kepada Timbalan Pengarah JKR sejurus selepas saya dimaklumkan.
"Jurutera daerah kemudian diarahkan bertindak segera dan saya dimaklumkan jentera-jentera pembaikan telah digerakkan di kawasan yang terkesan dan beberapa laluan sudah boleh dilalui," ujar Joniston dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, perkembangan terbaru mengenai keadaan jalan raya di kampung tersebut akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat maklumat daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu yang dipertanggungjawabkan memantau masalah berkenaan.
Topic Berkaitan
#Kampung Wasai Kiulu
#SK Wasai
#guru dan pelajar
#jalan kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan