awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil ditutup ekoran mendapan tanah - Exco

Bernama
Bernama
27/04/2023
06:44 MYT
Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil ditutup ekoran mendapan tanah - Exco
Kerja-kerja pembaikan paip bocor bawah tanah yang menyebabkan mendapan jalan di Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil berhampiran Taman Ozana Impian sedang giat dilakukan. -Bernama
MELAKA: Jalan Tun Hamzah menghala ke Bukit Katil berhampiran Taman Ozana Impian sepanjang kira-kira 1.2 kilometer di sini, ditutup untuk kenderaan berikutan mendapan tanah.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata penutupan jalan berkenaan dilakukan bermula 2 pagi tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dan paip sesalur utama bersaiz 400mm dan dijangka dibuka pada 12 tengah malam Jumaat.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan berkenaan dilakukan kontraktor Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi memastikan kejadian kira-kira 12 tengah malam tadi tidak berulang dan laluan dapat dibuka sebelum cuti panjang hujung minggu ini.
"Mendapan tanah dianggarkan sedalam lima meter itu berlaku akibat regangan paip di bahagian penyambungan di bawah tanah sehingga menyebabkan tekanan air tinggi dan penyambungan 'collar' paip yang lebih kukuh akan dibuat.
"Kerja-kerja pembaikan jalan dan paip ini agak mengambil masa kerana kita tidak mahu mengambil risiko pada struktur jalan raya yang lebih luas dan memerlukan penelitian agar tidak mendatangkan bahaya atau ancaman keselamatan kepada pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian yang turut dihadiri Pengarah JKR Melaka Ismail Abd Rahman.
Hameed berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ekoran mendapan tanah di jalan tiga lorong itu kerana tindakan awal penutupan jalan berkenaan telah dilakukan SAMB dan JKR.
Katanya, kenderaan dari Tol Ayer Keroh ke Bukit Katil boleh melalui Kampung Tun Razak menerusi simpang kanan berhadapan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.
Dalam pada itu, beliau berkata kira-kira 200 pengguna akaun SAMB yang terjejas bekalan air akibat kerja-kerja paip bocor berkenaan melibatkan kawasan industri dan penempatan Fasa Tiga Taman Ozana Impian telah pulih sepenuhnya pada 11 pagi tadi.
"Bekalan air di dua kawasan tersebut telah ditutup pada 3 pagi dan kerja-kerja pembaikan paip bagi membolehkan bekalan air disalurkan telah segera dilakukan agar tidak menjejaskan penduduk dalam tempoh lama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#Jalan Tun Hamzah
#Taman Ozana Impian
#mendapan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan