awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan tutup, pengguna SPRINT diminta guna jalan alternatif mulai esok

Bernama
Bernama
28/10/2022
06:36 MYT
Jalan tutup, pengguna SPRINT diminta guna jalan alternatif mulai esok
Situasi itu melibatkan pengguna dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di persimpangan Maarof. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya SPRINT diminta menggunakan laluan alternatif di beberapa kawasan terlibat dengan penutupan jalan lebuh raya itu susulan pembinaan jejambat bertingkat baharu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mulai esok hingga Mac tahun depan.
Ketua Jabatan Komunikasi Lebuhraya SPRINT Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata situasi itu melibatkan pengguna dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di persimpangan Maarof.
Turut terlibat, laluan dari Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur melalui Pusat Bandar Damansara iaitu Jalan Johar, Jalan Beringin dan Jalan Semantan.
"Laluan ke kanan untuk kenderaan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan ditutup dan kenderaan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar - Jalan Beringin - Jalan Damanlela - Jalan Damansuria - SPRINT menghala ke Petaling Jaya dan seterusnya ke kanan menggunakan jalan susur baharu di hadapan projek pembinaan Pavilion.
"Lencongan trafik ini dijangka meruncingkan kesesakan trafik pada waktu puncak bagi kenderaan dari Petaling Jaya atau Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)/ke Kuala Lumpur dari persimpangan Maarof sehingga ke persimpangan Semantan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan empat cadangan laluan alternatif bagi mengurangkan impak trafik di kawasan tersebut akibat penutupan jalan.
Empat laluan alternatif itu adalah Hubungan Damansara-Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)-Penchala Link-Jalan Duta-Jalan Tuanku Abdul Halim-Jalan Kuching atau Hubungan Damansara- Hubungan Kerinchi-Jalan Duta-Jalan Tuanku Abdul Halim-Jalan Kuching.
Laluan alternatif lain meliputi Hubungan Damansara-Hubungan Kerinchi-Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 ( FHR2)-Jalan Syed Putra-Jalan Kinabalu dan Hubungan Damansara- alan Dato Abu Bakar-Jalan Universiti -FHR2-Jalan Syed Putra-Jalan Kinabalu.
Pemandu juga diminta untuk memberikan kerjasama dan mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik serta menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengguna
#lenuh raya
#SPRINT
#laluan alternatif
#sprint ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan