awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan utama Felda Selancar, Perwira Jaya di Rompin ditutup

Bernama
Bernama
01/03/2023
03:15 MYT
Jalan utama Felda Selancar, Perwira Jaya di Rompin ditutup
Menurut JKR Rompin, penutupan jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna jalan raya. - Foto ihsan IPD Rompin
KUANTAN: Jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya, Rompin ditutup di kedua-dua arah selepas jalan itu runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai keadaan jalan yang terletak berhampiran pondok polis bantuan itu pada 4 pagi ini.
Selain laluan berkenaan, dua lagi jalan di Rompin turut ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat dinaiki air awal pagi ini iaitu Jalan Ladang Lam Trading-Ladang Blok 16 dan laluan ke Felda Redong/Segamat di Felda Selancar 3.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan penutupan jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-4145040 untuk pertanyaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Rompin akan mengalami hujan sepanjang minggu ini.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Pukin di Rompin telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 46.59 meter (m) pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Rompin
#jalan tutup
#jalan runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan