awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal direman tiga hari

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2018
05:56 MYT
Jamal direman tiga hari
Jamal masih ditahan di hospital kerana sedang menjalani rawatan. - Gambar fail
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu, direman tiga hari.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.
“Beliau (Jamal) direman bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, Jamal, 47, ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, sekitar jam 1.15 petang semalam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.
Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Langat.
BACA: Jamal Yunos ditahan
Difahamkan, pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam.
Dalam laporannya pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.
Jamal masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan.
Polis Selangor mengesahkan terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal sedang disiasat di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah selesai menjalani rawatan.
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Jamal Yunos
#jenayah
#polis
#reman
#senjata api
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan