awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos dan 9 pengikut Baju Merah ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2017
08:25 MYT
Jamal Yunos dan 9 pengikut Baju Merah ditahan polis
Pada Disember tahun lalu, Jamal dan penyokong kumpulan Baju Merah dilaporkan menyerbu beberapa premis perniagaan. - Gambar fail
Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos dilaporkan telah ditahan pihak polis dipercayai bagi membantu siasatan berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lalu.
Menurut laporan, Jamal ditahan di kediamannya di sini hari ini selepas lebih anggota polis mengepung kediamannya lebih tiga jam.
Jamal, yang juga Ketua Umno Sungai Besar kelihatan keluar dari kediamannya sekitar 3 petang sebelum dilihat memasuki kenderaan polis dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
Pada Disember tahun lalu, Jamal dan penyokong kumpulan Baju Merah dilaporkan ‘menyerbu’ beberapa premis perniagaan dengan mendakwa premis terbabit menjadi pusat aktiviti haram dan maksiat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan.
Jamal dan sembilan pengikutnya katanya ditahan bagi bantu siasatan berhubung serbuan beliau di pusat hiburan di Ampang.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Jamal ditahan polis
#Jamal Yunos
#Ketua JSJ
#sembilan pengikut ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan