awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
PM India, Narendra Modi tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Bailey di Felda Selancar dibuka hari ini

Bernama
Bernama
07/03/2023
08:53 MYT
Jambatan Bailey di Felda Selancar dibuka hari ini
Had muatan kenderaan yang ditetapkan untuk menggunakan jambatan itu ialah 40 tan dengan had kelajuan 30km/j sahaja. -Facebook JKR
KUANTAN: Jambatan Bailey di jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya di Rompin, hari ini dibuka secara satu lorong kepada semua jenis kenderaan ringan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi catatan di Facebook hari ini berkata had muatan kenderaan yang ditetapkan untuk menggunakan jambatan itu ialah 40 tan dengan had kelajuan 30km/j sahaja.
"Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang disediakan dan berhati-hati di jalan raya," katanya.
Pembinaan jambatan Bailey sepanjang 42.67 meter itu bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan perjalanan selepas jalan utama itu runtuh pada 1 Mac lepas, akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat berterusan.
Runtuhan jalan yang dianggarkan sepanjang 23 meter itu mengakibatkan kira-kira 12,000 penduduk setempat mengalami kesukaran untuk menuju ke bandar selepas jalan berkenaan ditutup bagi semua jenis kenderaan.
Jalan berkenaan menghubungkan penduduk Felda Selancar ke Segamat dan Muadzam Shah,
Pemasangan jambatan itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 80 petugas, selepas komponen jambatan itu digerakkan ke lokasi, Khamis lepas dari JKR Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan JKR Daerah Petaling, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#jambatan bailey
#Felda Selancar
#Perwira Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan