awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar

Bernama
Bernama
26/10/2023
23:15 MYT
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Pada 5 Mac lepas, Uggah berkata projek jambatan merentasi Batang Kemena di Bintulu-Jepak bernilai lebih RM466 juta, dengan panjang kira-kira satu kilometer, telah siap 49.31 peratus. -- fotoBERNAMA
BINTULU: Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di sini yang dijangka siap pada 2025 bakal mempercepat dan melancarkan perjalanan ke pusat bandar Bintulu terutamanya pada waktu puncak.
Penduduk Kampung Jepak, Masni Kamis, 45, berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Masni yang berniaga di Pasar Tamu Bintulu berkata situasi itu membuatkan dia memilih menggunakan bot penambang bagi melintasi Sungai Kemena untuk ke pasar itu berbanding menggunakan laluan darat.
"Jalan sedia ada agak jauh, biasanya pada waktu pagi perjalanan boleh ambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit untuk ke pusat bandar Bintulu kerana murid masuk sekolah dan orang ramai mula ke tempat kerja," katanya kepada Bernama.
Jelenini Dajang, 60, pula berkata pembinaan jambatan itu diharap mampu menjadi mercu tanda baharu bandar Bintulu.
"Biasanya jika kita lihat di bandar-bandar lain, jambatan merupakan antara mercu tanda yang boleh menjadi kawasan tarikan pelancong, kita harap jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan kita bergerak tetapi membuka peluang dalam sektor pelancongan," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek jambatan bernilai lebih RM466 juta dengan panjang kira-kira satu kilometer (km) itu telah siap 49.31 peratus.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata pihak kontraktor projek itu juga telah mengatasi isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi mereka sebelum ini dengan membawa masuk pekerja asing dari negara China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bintulu
#PRK DUN Jepak
#Jambatan Bintulu-Jepak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan