awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara pada Ahad untuk larian maraton

Bernama
Bernama
14/12/2023
04:00 MYT
Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara pada Ahad untuk larian maraton
Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara "Penang Bridge International Marathon 2023" bermula 12.01 tengah malam hingga 10 pagi, Ahad ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumakan jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 10 pagi pada hari yang sama selepas acara larian tamat.
Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan.
"Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan dan PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua pengguna lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#Penang Bridge International Marathon
#PLUS
#Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan