awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Setelu tenggelam lagi

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/10/2017
09:02 MYT
Jambatan Setelu tenggelam lagi
Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini terputus hubungan apabila jambatan itu sekali lagi ditenggelami air sungai yang naik mendadak akibat hujan lebat, pagi ini. -Astro AWANI
Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini terputus hubungan apabila jambatan itu sekali lagi ditenggelami air sungai yang naik mendadak akibat hujan le­bat, pagi ini.
Jambatan sementara itu mula dinaiki air pada jam 8.36 pagi ini apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu sejak lewat malam tadi.
Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terkandas dan terpaksa berpatah balik dengan menggunakan jalan alternatif lain.
Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ahmad Kamizi Jalil berkata, pada tahun ini sahaja sudah 22 kali jamba­tan itu ditenggelami air sungai.
Tambahnya, setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.
Sementara itu, tinjauan di Kampung Batu Papan mendapati beberapa kawasan di pinggir sungai turut dinaiki air.
Namun, setakat ini tiada penduduk yang berpindah.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#hujan lebat
#jambatan sementara
#Pulau Setelu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan