Skip to main content

Malaysia

Tiga maut dipercayai disambar petir di Sepang

Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir pada Isnin. -Foto Sinar Harian/Media sosial
Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir pada Isnin. -Foto Sinar Harian/Media sosial
Advertisement

SEPANG: Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan ketiga-tiga individu tersebut.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu dipercayai kesemuanya lelaki terbaring dan telah meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement