awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
RMK13 mesti cerminkan pendekatan berani, terangkum demi daya tahan negara - Lee
MALAYSIA
Perkasa integriti, antirasuah menerusi pendidikan - KSN
MALAYSIA
Malaysia sasar 10,000 pengunjung di Festival Bangkok, tingkatkan kempen VM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jambu Lohan dijenama semula sebagai MelGuv - Ab Rauf

Bernama
Bernama
29/06/2025
12:49 MYT
Sponsor Banner
Jambu Lohan dijenama semula sebagai MelGuv - Ab Rauf
Ab Rauf (tengah) dalam satu acara sempena merasmikan penutupan Melaka Agrofest 2025. - Bernama
MELAKA: Jambu batu Lohan (GU16) yang sinonim di Melaka kini dijenamakan semula sebagai MelGuv iaitu singkatan bagi 'Melaka Guava'.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penjenamaan semula itu adalah sebagai simbol transformasi dan nilai tambah dalam sektor pertanian negeri khususnya pengeluaran tanaman berkenaan secara lebih meluas.
"MelGuv mempunyai rasa unik iaitu manis serta ranggup dan berbeza dengan jambu batu yang ditanam di negeri lain dan setakat ini, kawasan tanaman terbesar ialah di Pulau Gadong.
"Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 1,139 tan metrik jambu Lohan atau MelGuv dihasilkan di kawasan seluas kira-kira 80 hektar di sekitar Melaka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Melaka Agrofest 2025.
Beliau berkata jambu batu itu mula ditanam secara komersial pada 2023 dengan pengeluaran lebih 1,000 tan metrik setahun dan angka berkenaan meningkat secara berperingkat dari tahun ke tahun.
Ab Rauf berkata sempena Melaka Agrofest 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas, sebanyak 15,000 biji MelGuv diagihkan kepada pengunjung.
Terdahulu, beliau berkata kira-kira RM1.05 juta nilai jualan direkodkan dengan kehadiran 41,842 pengunjung selepas dua hari Melaka Agrofest 2025 berlangsung dan jumlah itu dijangka meningkat pada hari terakhir penganjurannya.
Ab Rauf juga berkata Melaka Agrofest terus menjadi landasan strategik dalam mengangkat sektor agromakanan selaras dengan evolusi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka yang diperkenal pada 1983.
Beliau berkata melangkah ke hadapan, kerajaan negeri akan terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan melalui pelbagai inisiatif termasuk memperluas pengoperasian Taman Kekal Pengeluaran Makanan.
"Alhamdulillah... pada tahun lepas, sektor pertanian menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negeri dengan nilai mencecah RM4.8 bilion dan pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.5 peratus, mengatasi sektor-sektor lain.
"Pada tahun ini pula, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM10.2 juta bagi projek-projek pertanian berimpak tinggi merangkumi agropelancongan, subsektor tanaman dan pembangunan sawah padi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jambu batu
#jambu lohan
#melguv
#melaka guava
#Ab Rauf Yusoh
#penjenamaan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami