Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia sekali gus menolak khabar angin kononnya tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak berkenaan.
Katanya, isu itu disifatkan serius dan perlu diambil perhatian oleh majlis agama Islam di semua negeri dan tindakan yang dikenakan juga adalah menyeluruh dan tidak mengira siapa sahaja termasuk tokoh politik atau mana-mana pihak sekalipun.
"Yang tu kita tak taulah kita sebut sapa yang menganut Syiah kita tak ambil kira soal parti dan sebagainya yang penting sapa saja yang mengikut pegangan Syiah ianya satu yang ditolak di negara kita Malaysia," katanya
Tambah Jamil Khir, fahaman Syiah tidak sesuai di amalkan kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak tenang di negara ini selain majoriti rakyat merupakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996 memutuskan larangan kepada ajaran islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. (aswj)
Ia bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam sendiri.
Jamil Khir berkata demkian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penerma-penerima di daerah Yan di Yan Kechil.
Seramai seribu orang terdiri warga emas dan mereka kurang berkemampuan menerima sumbangan duit raya untuk persiapan menyambut Aidilfitri.
Astro Awani
Sat Jul 27 2013
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.
'Ludah dan jilat balik' hanya berlaku dalam Pakatan Harapan - Sohaimi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Pakatan Harapan cuba menanam politik kebencian terutama apabila wujudnya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah mula operasi
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ditubuh secara rasmi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di ibu negara.
Inilah tempat 'berteduh' untuk mualaf
Ada antara mualaf yang dibuang keluarga malah ada yang kehilangan pekerjaan.
LTSAH dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM Najib
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid
Pengwujudan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia akan memastikan kepatuhan semua pihak dalam dasar pendidikan negara.
"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'
Selepas lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.
Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM Ahmad Zahid
Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin merupakan aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan.
GoUmrah.travel beri kebebasan jemaah buat tempahan
GoUmrah.travel menjadi portal tempahan pilihan pakej umrah yang memberi kebebasan bakal jemaah membuat jadual sendiri tidak mengikut pakej agensi seperti kebiasaaannya.