awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAN sahkan memo Ketua Audit Negara positif COVID-19

Bernama
Bernama
23/05/2020
21:06 MYT
JAN sahkan memo Ketua Audit Negara positif COVID-19
Jabatan Audit Negara mengesahkan memo memaklumkan Ketua Audit Negara positif COVID-19. -Gambar fail
Jabatan Audit Negara (JAN) mengesahkan satu memo memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara positif COVID-19 dan akan dikuarantin di hospital, yang menjadi viral, dikeluarkan oleh beliau sendiri.
Dalam kenyataan pada Sabtu, JAN berkata memo itu dikeluarkan bagi edaran dalaman dan bukannya untuk dikongsi dengan pihak luar.
Memo itu dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada pengurusan kanan jabatan berkenaan.
"Tujuan memo itu adalah bagi memastikan bahawa pentadbiran JAN tetap berjalan dengan lancar, dalam keadaan ketiadaan Ketua Audit Negara.
"Tujuan COVID-19 disebut dalam memo itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang perlu serta pantas, dan langkah-langkah yang harus diambil bagi membendung kemungkinan penularan COVID-19 dalam kalangan pegawai dan petugas JAN," menurut kenyataan itu.
JAN berkata semua kontak rapat telah dimaklumkan untuk tindakan yang sewajarnya, dan bangunan yang terlibat, Block F2 Kompleks F di Presint 1, Putrajaya telah disanitasi dan dinyah kuman semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dikuarantin di hospital
#Jabatan Audit Negara
#koronavirus
#Nik Azman Nik Abdul Majid
#pengurusan kanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan