awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
25/01/2026
21:30 MYT
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra (dua, kiri) berkenan menyempurnakan penutupan Program Ziarah Mahabbah MAIPs yang masuk edisi ke-11 tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya, Krabi, semalam. --fotoBERNAMA
KRABI: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa institusi agama terus mengangkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.

Ringkasan AI
  • Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa institusi agama menerapkan pendekatan sederhana dan berhikmah dalam menghadapi cabaran semasa yang kompleks.
  • Beliau menekankan perlunya meneruskan program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand untuk memupuk toleransi dan memperkuat imej Islam sebagai agama rahmat.
  • Program ziarah tersebut bukan sekadar perjalanan, tetapi satu platform untuk membangunkan persefahaman, memperkukuh perpaduan, dan memberi kesan positif kepada masyarakat, selaras dengan semangat mahabbah yang sejati.

Sehubungan itu, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah penganjuran program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand wajar diteruskan dan diperkasakan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah program itu platform membina persefahaman, memupuk toleransi serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa kedamaian, kesejahteraan dan rahmat.
"Saya ingin tegaskan nilai dan semangat terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah tidak seharusnya terhenti di sini sahaja. Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten dan kerjasama lebih tersusun.
"Mahabbah (kasih sayang) yang sejati ialah yang melahirkan manfaat, memperkukuh perpaduan dan memberi kesan positif terhadap masyarakat," titah baginda semasa menyempurnakan penutupan program itu yang masuk edisi ke-11 tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya di sini semalam
Wilayah Andaman merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai rombongan ziarah itu di Krabi tahun ini yang berlangsung tiga hari bermula 23 Jan.
Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Program ziarah yang disertai ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor antara lain memfokus kepada melestarikan kerjasama ATAM dengan kepakaran usahawan serta industri di Krabi.
Pada majlis penutup itu, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyaksikan acara menandatangani Surat Niat (LoI) antara ATAM dengan tiga pemain industri di Krabi terdiri daripada pengusaha ladang ternakan kambing, spa dan kesihatan serta produk pelancongan komuniti termasuk batik dan kraf tangan.
LoI itu bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik dari segi perkongsian berkaitan kepakaran dan latihan, pelancongan dan kebudayaan, keusahawanan selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membangunkan asnaf di Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#institusi agama
#Program Ziarah Mahabbah
#Krabi
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan