awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026
Malaysia sapu bersih acara beregu, cipta sejarah luar biasa di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir

Bernama
Bernama
25/01/2026
21:45 MYT
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Pemain Negeri Sembilan FC Muhammad Harith Samsuri (tengah) bersaing dengan pemain Imigresen FC pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaringan tunggal Luqman Hakim Shamsuddin memastikan Negeri Sembilan FC (NSFC) melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2025/2026 selepas menewaskan Imigresen FC 1-0 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam tadi.
Dalam aksi pertama di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.
Penyerang muda itu muncul wira skuad Jang apabila menyempurnakan hantaran A. Selvan dengan tenang pada minit ke-61, sekali gus memecah kebuntuan perlawanan yang berlangsung sengit sejak awal permainan.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan NSFC hampir membuka jaringan pada minit ke-32 melalui tandukan An Sang Su dari luar kotak penalti yang sekadar menggegar gawang gol.
NSFC berpeluang mendahului menjelang tamat babak pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-45 selepas Joseph Esso dikasari di dalam kotak penalti. Namun, sepakan Takumi Sasaki berjaya ditepis penjaga gol Imigresen, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.
Imigresen cuba bangkit menerusi serangan balas pantas selepas ketinggalan, namun disiplin pertahanan tuan rumah memastikan jaringan Luqman kekal sebagai gol tunggal sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu mengesahkan kemaraan NSFC ke suku akhir untuk bertemu Selangor FC.
Sementara itu, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan tempat di suku akhir selepas menewaskan Perak 3-0 pada aksi kedua pusingan 16, sekali gus menang agregat 3-2.
The City Boys yang tewas 0-2 pada perlawanan pertama bangkit dengan persembahan meyakinkan hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-54 dan sepakan percuma Paulo Josue pada minit ke-90.
Bintang import, Nicolao Dumitru, melengkapkan kemenangan KL City menerusi gol ketiga pada penghujung babak perlawanan.
KL City dijadualkan bertemu Terengganu FC di peringkat suku akhir selepas pasukan Pantai Timur itu menewaskan UM-Damansara United 7-0 secara agregat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Negeri Sembilan FC
#KL City FC
#Luqman Hakim Shamsuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan