awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/02/2023
07:20 MYT
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Bagaimanapun, Wan Saiful yakin mampu melawan kes kerana mempunyai barisan pembelaan yang kukuh. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.
Jelasnya, kegagalan itu cuba ditutup dengan mewujudkan pertuduhan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Saya agak kesal kerana keadaan sekarang sepatutnya kita patut fokus kepada kebajikan rakyat, kos sara hidup, kenaikan kos keperluan asas yang naik melambung, dan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Hari-hari disuarakan, tetapi apa yang berlaku ialah diwujudkan pertuduhan sebegini untuk alihkan perhatian daripada kegagalan Kerajaan ini. Kegagalan untuk mengeluarkan idea-idea baharu dan penyelesaian kepada masalah rakyat, apabila mereka gagal, ia cuba ditutup dengan mewujudkan kes yang sepatutnya tidak wujud,” katanya dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau yakin mampu melawan kes kerana mempunyai barisan pembelaan yang kukuh.
BACA: Jana Wibawa: Wan Saiful mengaku tidak bersalah dua pertuduhan rasuah
BACA: Pendakwaan Jana Wibawa: Apa berlaku seperti 'dirancang', 'terancang' - Muhyiddin
[ TERKINI] Mahkamah | Wan Saiful minta bicara terima dan minta rasuah RM6.9 juta
“Saya yakin sebab saya ada peguam bela yang kukuh dan akan membuktikan pertuduhan terhadap saya ini tidak sepatutnya berlaku.
“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan dan dalam proses mahkamah, saya yakin tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan,” ujarnya.
Pada Selasa, Wan Saifull didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan projek Jana Wibawa.
Turut didakwa Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa.
Topic Berkaitan
#Wan Saiful Wan Jan
#Jana Wibawa
#Adam Radlan Adam Muhammad
#Parti Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan