awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya serah kepada SPRM siasat kes Jana Wibawa - Muhyiddin

Bernama
Bernama
21/02/2023
05:04 MYT
Saya serah kepada SPRM siasat kes Jana Wibawa - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa.
"Setakat yang saya maklum, saya percaya tiada kesalahan pada pihak saya, tetapi saya serahkan semuanya kepada SPRM untuk perkara ini," kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.
Beliau hadir ke mahkamah hari ini pada prosiding Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.
Pada 18 Feb lepas, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai projek tersebut.
Katanya, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.
Sementara itu, Muhyiddin berharap Wan Saiful akan mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah.
"Saya juga menyeru supaya ahli-ahli parti Bersatu bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kepimpinan parti sudah mengambil tindakan sewajarnya mengikut saluran undang-undang," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jana Wibawa
#Wan Saiful Wan Jan
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan