awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janda Baik dilanda banjir kilat, 42 keluarga berpindah

Azee Shafy
Azee Shafy
11/05/2022
02:00 MYT
Janda Baik dilanda banjir kilat, 42 keluarga berpindah
Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
BENTONG: Sebanyak 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mereka yang terperangkap masih diteruskan sehingga kini.
"Setakat ini terdapat dua perkampungan utama iaitu Kampung Sum Sum dengan 12 keluarga telah berpindah. Tiga keluarga daripadanya diselamatkan anggota bertugas.
"Sementara di Kampung Chemperoh pula, sebanyak 30 keluarga telah berpindah sendiri selepas perkampungan itu Mula dinaiki air pada awal pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, terdapat pokok tumbang di jalan masuk ke lokasi kejadian menyukarkan operasi menyelamat.
Bagaimanapun, pihaknya telah memotong pokok tumbang yang menghalang jalan bagi memudahkan operasi tersebut.
"Terdapat juga tanah runtuh di jalan masuk ke Janda Baik dan di antara Kampung Sum Sum ke Kampung Chemperoh. Jalan itu terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan batu dan lumpur.
"Operasi pemantauan di sekitar empat buah kampung di Janda Baik sedang diteruskan sehingga kini," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#hujan lebat
#Janda Baik
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan