awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janda mungkin berdepan sebatan syariah

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
26/09/2018
11:53 MYT
Janda mungkin berdepan sebatan syariah
Tertuduh ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - Astro AWANI
Seorang ibu tunggal berdepan hukuman sebatan syariah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, hari ini.
Tertuduh yang berusia 45 tahun, mengaku bersalah mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Kuala Terengganu bersama seorang pelanggan sekitar jam 11 malam pada 19 Sept lalu.
Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima bayaran khidmat seks sebanyak RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit.
Tertuduh diiringi polis ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - Astro AWANI
Tertuduh diiringi polis ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - Astro AWANI
Lapan barang kes turut dirampas termasuk beberapa botol minyak urut dan gel pelincir serta kondom yang masih belum diguna.
Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau disebat tidak melebihi enam sebatan, atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Tarikh jatuh hukuman ditetapkan pada 10 Okt depan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Ahzmizan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela, Fazru Anuar Yusof.
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#janda
#pelacur
#sebatan
#syariah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan