PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya bertekad untuk terus melaksanakan perubahan dalam pentadbiran negara.
Berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di sini hari ini, Anwar berkata dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan
"Sudah mantap sistem yang bergerak puluhan tahun tapi harus ada kesediaan rendah diri untuk mengakui, ada kekuatannya tetapi bila kita letak tokoh baharu... harus ada hasrat bawa perubahan... tidak harus kita benar ada budaya selesa iaitu culture of contentment yang menggigit kita," katanya.
Anwar berkata sekiranya ada pendekatan mudah dalam pentadbiran negara, semua pihak akan bersatu dan bekerjasama untuk mengangkat semula bangsa dan negara.
"Paling penting bertekad yang negara ini harus stabil daripada politiknya, jelas hala tujunya dan kuat keinginan dan hasrat bawa perubahan untuk angkat semula martabat bangsa dan negara," katanya.
Dengan beberapa langkah telah diumumkan untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam menyelesaikan masalah, Anwar mahu segala tindakan dilaksanakan dengan telus.
"Baru-baru ini kita gesa satu tindakan lebih agresif bukan untuk ambil tindakan tetapi melepaskan masalah pekerja kerana pekerja asing dalam industri perladangan, pembuatan dan bidang-bidang tertentu sangat kurang.
"Ia menjejaskan kadar pertumbuhan negara kita, jadi saya lihat Jabatan Imigresen sambut baik dan apa jua tindakan harus ada transparensi ," katanya yang turut berharap segala perubahan yang akan dilaksanakan di bawah Kerajaan Perpaduan akan mendapat sambutan hangat daripada semua jabatan.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Anwar menyampaikan amanat pada perjumpaan bersama warga JPM bagi bulan Januari 2023 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Turut sama, Fadillah (kanan) dan Mohd Nai'm. --fotoBERNAMA
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Anwar tegur jangan terap budaya terlalu selesa
Sebarang teguran berkenaan kelemahan diri perlu diterima, namun perlu bertegas jika dilemparkan dengan fitnah atau tuduhan berat.
Jangan amal budaya selesa, tekad laksana perubahan untuk negara - PM
Anwar berkata dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan.