HULU LANGAT: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi perhatian terhadap aspek penyelenggaraan jalan di daerah tersebut.
Mohd Sany berkata, keadaan jalan terutama berhampiran kuari di Sungai Long sampai ke Batu 9 dalam keadaan tidak begitu baik dan banyak kali aduan telah dibuat mengenainya.
Beliau berkata, pihaknya berharap JKR dapat menempatkan pegawai yang ditugaskan untuk turun ke kawasan bagi membuat pemantauan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan bukan hanya menunggu aduan masuk.
"Jalan di Hulu Langat seolah-olah dianaktirikan, kita juga bayar cukai jalan tetapi kenapa jalan raya di sini teruk dan berlubang sana-sini.
"Ada jalan tidak rata, berombak dan ini semua membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang dalam keadaan bertongkat telah mengadakan perjumpaan bersama jurutera jalan JKR berkaitan isu jalan di Hulu Langat seperti dikongsikan di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Turut hadir dalam sesi turun padang itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof dan Ketua Kampung Melaka, Ahmad Musran Tahir.
Mohd Sany berkata, walaupun terdapat kerja naik taraf jalan di kawasan itu namun jalan alternatif yang digunakan oleh pengguna juga perlu dijaga dengan baik dan bukan hanya ditampal ala kadar.
Pada perkembangan sama beliau berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan pemilik kuari di kawasan itu untuk membincangkan isu penyelenggaraan jalan tersebut.
"Kuari tersebut berlesen, telah beroperasi lama dan mengaut keuntungan cecah jutaan ringgit.
"Saya akan minta mereka turut sama bantu turap memandangkan mereka juga guna jalan sama," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023
Sany meninjau keadaan jalan di Hulu Langat seperti dikongsikan di akaun Facebook miliknya baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Jangan anak tiri jalan di Hulu Langat - Sany
Keadaan jalan terutama berhampiran kuari di Sungai Long sampai ke Batu 9 dalam keadaan tidak begitu baik dan banyak kali aduan telah dibuat mengenainya.