Pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) diminta tidak menjual hartanah mereka dalam jangka masa yang singkat.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, hartanah yang dibeli itu dinasihat hendaklah disimpan untuk kepentingan jangka masa panjang.
"Satu keistimewaan yang dimiliki pembeli projek ini adalah pembeliannya di bawah RM300,000 seunit tetapi tiada moratorium (penangguhan) dikenakan kerana penawarannya mendahului Dasar Rumawip.
"Justeru, projek ini tidak mempunyai sekatan penjualan 10 tahun seperti mana yang dikenakan untuk projek-projek Rumawip yang telah kita lancarkan sebelum ini," katanya semasa berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri dan Penyerahan Kunci Suasana Lumayan di sini hari ini.
Sekatan penjualan 10 tahun yang dimaksudkan Tengku Adnan adalah tertakluk kepada projek Rumawip Suasana Lumayan.
Pelaksanaan Rumawip akan memberikan kelebihan kepada penduduk Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah sendiri terutamanya di kawasan bandar.
Ia juga merupakan perancangan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan golongan sasaran memiliki kediaman pada harga yang berpatutan dan memberi kelebihan kepada warga kota memiliki rumah sendiri.
Rumawip Suasana Lumayan merupakan projek yang dijalankan secara penswastaan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd dalam membangunkan rumah mampu milik pada harga RM299,999.
Dalam pada itu, kata Tengku Adnan, kejayaan pelaksanaan 80,000 unit di seluruh Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif penswastaan dan persendirian.
"Dalam usaha kita memperbanyakkan penyediaan rumah mampu milik ini, selain kaedah penswastaan, kita mensyaratkan supaya projek pembangunan kediaman persendirian yang mempunyai keluasan tanah melebihi lima ekar dibangunkan rumah mampu milik bagi menggantikan rumah kos rendah mengikut faktor dan kesesuaian sesuatu kawasan tersebut.
"Langkah ini bertujuan memastikan lebih ramai golongan pertengahan yang tidak layak memiliki rumah kos rendah mampu membeli rumah pada harga berpatutan.
"Ini secara tidak langsung juga membantu pemaju dalam memastikan projek milik mereka lebih berdaya maju," jelasnya.
Selain Rumawip Suasana Lumayan, terdapat sebuah lagi projek Rumawip yang akan dibangunkan iaitu di Taman Naga Emas, Petaling Jaya dengan menawarkan 512 unit rumah dengan harga tawaran RM300,000.
Wan Syamsul Amly
Fri Aug 14 2015

KU NAN: Hartanah yang dibeli harus disimpan untuk kepentingan jangka masa panjang.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Semangat waja 'Iron Lady' diperkasa
Pemergian The Iron Lady, Datuk Maznah Hamid dirasai segenap pelusuk rakyat Malaysia, sama ada kepada yang mengenali beliau secara peribadi mahupun yang mendapat manfaat dari legasi beliau.