awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/03/2025
01:00 MYT
Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang, dekat Gerik, malam tadi.
IPOH: Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang, dekat Gerik, malam tadi.
Mangsa yang berusia 53 tahun itu disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 8.36 malam.
Menurutnya, sebaik jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik tiba, didapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan memohon bantuan penggunaan ‘winch’ dari sebuah lori milik orang awam bagi membuka ruang kerja operasi menyelamat.
“Seterusnya anggota bomba menggunakan peralatan pemotong hidrolik untuk membuka ruangan kabin bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sabarodzi berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Penolong Penguada Bomba Azizan Aziz (OC BBP Gerik) tamat jam 11.21 malam.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu maut
#treler terbalik
#Jalan Gerik - Kupang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan