awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/12/2018
14:59 MYT
Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah
Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin (empat, kanan) bersama Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff (tiga, kiri) berkenan menziarah keluarga Allahyarham Muhammad Adib di Kampung Tebengau hari ini. - Foto BERNAMA
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin meminta agar semua rakyat tidak menjadi batu api atau penyebab dalam menyemarakkan api perkauman dalam kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, Tengku Sarafudin turut meminta rakyat supaya bertenang dalam keadaan sebegini dan menyerahkan tugas menyiasat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Tuanku pada masa yang tadi juga menyebut perkara itu, jangan kita hukum sendiri dan juga jangan menjadikan sentimen sama ada sentimen agama atau bangsa, jadi kita biar undang-undang yang menyelesaikan sebab kalau begitu bentuknya akan berlaku banyak kekacauan dalam negara kita," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Ismail turut menjelaskan bahawa Tengku Sarafudin mendesak agar keadilan dalam kes ini dapat ditegakkan, di samping berjanji pihak Istana Kedah akan sentiasa membantu keluarga Muhammad Adib dari segi keperluan harian.
"Tuanku telah memberi jaminan melihat apa saja keperluan pihak keluarga Adib dan secara kebetulan saya juga adalah ADUN di sini. Saya juga telah berbisik dengan ayah Adib tadi untuk beberapa kali saya kata, 'ada apa apa bagitahu sahaja'," katanya.
Tengku Sarafudin ketika itu hadir menziarahi keluarga Allayarham Mohd Adib di Kg Tebengau, Kuala Kedah pada Khamis.
Dalam lawatan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu, Raja Muda Kedah turut menyampaikan bantuan kepada keluarga Muhammad Adib bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.
Muhammad Adib cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Mohammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam Isnin setelah tiga minggu bertarung nyawa di unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Topic Berkaitan
#api perkauman
#batu api
#Ismail Salleh
#Muhammad Adib
#raja muda kedah
#tengku sarafudin badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan