Walaupun pelbagai kempen kesedaran sudah dijalankan bertahun lamanya, masih ramai dari kalangan rakyat Malaysia, terutamanya orang Sabah, yang naif tentang Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), kata aktivis AIDS Dr Zaiton Yahaya.
Atas sebab itu, katanya, beliau komited dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat, terutamanya kepentingan dalam mendapatkan rawatan saringan awal mengenai penyakit itu.
Beliau yang juga pengasas Persatuan Kesedaran AIDS Sabah (SAGA), dipilih sebagai penerima Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Yayasan AIDS Malaysia (MAF) 2019 atas sumbangannya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang AIDS di negara ini.
Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Sandakan berusia 56 tahun itu berkata, persatuan yang beliau naungi itu cuba mengubah stigma dan rasa malu masyarakat.
Ini supaya, selain selain pengesanan awal, ia dapat membantu mencegah penyakit itu dari terus menular.
“Selain memberikan khidmat nasihat dan ubat-ubatan sesuai, SAGA turut menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos tambang bagi pesakit HIV/AIDS mendapatkan rawatan sebelum terlambat.
“Ia perlu kerana masalah utama kebanyakan pesakit HIV/AIDS di Sabah, ialah kemiskinan serta kesedaran yang rendah untuk mendapat rawatan berterusan selepas dikesan menghidap penyakit ini," katanya.
Beliau bercakap kepada media selepas menerima anugerah tersebut pada Jamuan Malam Anugerah Tun Dr Siti Hasmah MAF-Berjaya di sini, malam tadi.
Anugerah itu, berserta trofi dan wang tunai RM20,000, disampaikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Turut hadir, Penaung Majlis AIDS Malaysia (MAC) Datin Paduka Marina Mahathir dan Pengerusi MAC Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.
Mengulas lanjut, Dr Zaiton berkata, beliau mengharapkan semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat dapat berganding bahu dalam memerangi stigma serta diskriminasi terhadap pengidap penyakit berkenaan.
“Stigma dan sikap diskriminasi ini yang membuatkan masyarakat takut untuk tampil ke hadapan. Tanpa diskriminasi ini, mereka akan menjadi lebih yakin untuk mengambil langkah membuat ujian saringan HIV,” katanya lagi.
Dalam majlis itu, Marina turut mengumumkan jumlah dana terkumpul iaitu sebanyak RM2.4 juta, dan ia akan digunakan sepenuhnya bagi membantu pesakit AIDS.
Firdaus Azil
Sat Dec 14 2019

Dr Zaiton dipilih sebagai penerima Anugerah Tun Dr Siti Hasmah MAF atas sumbangannya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang AIDS di negara ini. - Foto Facebook Malaysian FMS Association

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Hari AIDS Sedunia: MAC berharap syarikat insurans dapat tanggung kos rawatan
Rundingan masih berterusan dan ini salah satu usaha untuk tidak diskriminasi penyakit ini serta sebagai langkah kurangkan beban ditanggung kerajaan

Individu pertama sembuh dari HIV, meninggal dunia apabila barah datang kembali
Walaupun Timothy Brown bebas dari HIV selama lebih sedekad, barah leukemia yang dihidapinya kembali pada tahun lalu.

Bukan pengakhirannya! Penghidap HIV boleh hidup lama
Penyakit HIV/AIDS boleh dirawati dan sekiranya mendapat rawatan awal, pesakit boleh menjalani kehidupan seperti biasa, tanpa memberi risiko kepada orang lain.

Dr Christopher Lee diangkat sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia baharu
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya.

Vaksin COVID-19 mungkin tidak akan ditemui - Saintis AS
Seorang saintis Amerika Syarikat memberi amaran bahawa vaksin COVID-19 'mungkin tidak akan ditemui'.

Trivia: Ini 5 wabak paling dahsyat dalam sejarah manusia
Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas.

COVID-19: Pesakit HIV berdepan kesukaran akses ubat di Zimbabwe
Daniso Phiri dan suaminya, yang positif HIV memaklumkan, antara cabaran terbesar adalah pengangkutan.

Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik
Untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu, berikut penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik.

COVID-19: China guna ubat tradisional rawat pesakit
Setakat ini, seramai 2,200 pakar ubatan TCM dihantar ke Hubei bagi menjalankan kajian dan rawatan mengenai penggunaan ubat tradisional itu.

Doktor Thailand dakwa ubat selesema, AIDS mampu sembuh pesakit koronavirus
Penemuan itu diketahui selepas mereka menggunakan dua jenis ubat berkenaan kepada seorang pesakit wanita warga emas dari China yang mempunyai simptom koronavirus.