awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan berkompromi dalam urusan seludup PATI ke Sarawak - Uggah

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/10/2020
06:15 MYT
Jangan berkompromi dalam urusan seludup PATI ke Sarawak - Uggah
Bagi memastikan tiada kemasukan secara haram oleh PATI khususnya dari Sabah ke Lawas dan Kalimantan, Indonesia ke Sarawak, kawalan keselamatan di pintu sempadan terus diperketatkan. Gambar fail
KUCHING:Warga Bumi Kenyalang diminta memberi kerjasama untuk tidak berkompromi dalam urusan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negeri itu untuk bekerja.
Demikian gesaan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu temu bual menerusi rancangan Twenty30 di saluran TVS pada Isnin.
Uggah menekankan bahawa kerjasama setiap rakyat Sarawak adalah penting dalam memastikan penularan wabak COVID-19 di negeri itu dapat ditangani secara menyeluruh.
“Janganlah anda sesekali membuat sesuatu perkara yang boleh menggugat kesihatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak dengan membantu mereka (PATI) masuk secara haram ke negeri ini.
“Ini kerana dengan cara ini, mereka semestinya masuk dengan tidak menggunakan saluran yang betul dan seterusnya kita tidak ada rekod tahap kesihatan mereka, jadi bayangkan sekiranya mereka ini positif COVID-19, sudah pasti mereka menjadi punca kepada peningkatan kes di negeri itu,” ujarnya.
Selain itu ujarnya, bagi memastikan tiada kemasukan secara haram oleh PATI khususnya dari Sabah ke Lawas dan Kalimantan, Indonesia ke Sarawak, kawalan keselamatan di pintu sempadan terus diperketatkan.
“Kita telah menambah bilangan anggota keselamatan termasuk pasukan tentera, pegawai Pasukan Gerakan AM (PGA) dan pegawai polis supaya kawalan keselamatan sempadan terus dapat diperkukuhkan,” tambahnya.
Antara lain, JPBN Sarawak juga telah mengatur beberapa strategi dalam mengekang penularan COVID-19 antaranya melanjutkan tempoh larangan kemasukan warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berada Sabah dan Labuan ke negeri itu bermula 4 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Indonesia
#Sabah
#pati
#JPBN Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#PGA
#PDRM
#ATM
#sempadan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan