awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan berlakon, saya tahu mana Ali Baba" - Salahuddin bidas pengusaha jual lesen bot nelayan

Fareez Azman
Fareez Azman
04/12/2019
05:12 MYT
"Jangan berlakon, saya tahu mana Ali Baba" - Salahuddin bidas pengusaha jual lesen bot nelayan
Salahuddin ingatkan penerima lesen bot nelayan jangan salah guna nikmat yang diberikan oleh kerajaan. - Gambar fail
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengingatkan semua penerima lesen bot nelayan laut dalam dan pantai agar tidak menjual nikmat yang diberikan oleh kerajaan kepada orang lain.
Menurut beliau, lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memberi peluang golongan berkenaan mencari rezeki, bukannya untuk menjual kepentingan negara.
"Saya ingin peringatkan kepada kapal-kapal anda diberikan lesen untuk hidup cari rezeki, jadi gunakan lesen untuk kepentingan negara. Jangan dijual kepada orang lain ,kalau nak jadi "Ali Baba" tidak payah beli lesen.
"Jangan berlakon dengan saya, saya tahu mana Ali Baba, saya tidak bodoh dan pegawai tidak bodoh. Jangan jadi pegawai yang dibodohkan, kita harus tegas kita buat penjelasan muktamad ini," tegas Salahudin
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Dialog Pembaharuan Industri Perikanan Negara di sini pada Selasa
Sehubungan itu, Salahuddin menggesa isu menjual lesen secara "Ali Baba" dihentikan serta-merta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Kata Salahuddin, beliau juga sedia mendengar kisah sebenar aktiviti jual lesen secara "Ali Baba" ini daripada golongan nelayan.
Bahkan, beliau juga selain mendedahkan nama pelaku sekiranya ada keperluan berbuat demikan selain tindakan sewajarnya diambil.
Topic Berkaitan
#Ali Baba
#bot nelayan
#jual lesen
#Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan