KUCHING: Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata jika seorang ibu telah menunjukkan gejala murung, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang sekelililing.
"Hanya ahli keluarga terdekat sahaja tahu perubahan sikap, pertuturan, tingkah laku dan cara ibu itu membawa diri, ini adalah indikator bagi mengenal pasti ibu itu meroyan.
"Jangan membiarkan mereka sendirian bersama bayi yang masih kecil. Dalam keadaan sebegitu mereka tidak sedar walaupun ada ubat atau rawatan dan tahap keseriusan tekanan yang dihadapi boleh mengundang perkara yang tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak Taska dan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan di sini hari ini.
Nancy berkata sesibuk mana pun seorang suami, mereka perlu mengambil tahu keadaan isteri terutama ketika selepas bersalin kerana hormon dalam badan wanita akan berubah yang boleh memberikan kesan kepada emosi.
Semalam negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu berusia 32 tahun di Masai, Johor bertindak mengelar bayi lelakinya berusia 18 bulan hingga maut dan kini dalam pemerhatian doktor.
Ibu terbabit turut direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Nancy berkata jika seorang ibu telah menunjukkan gejala murung, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang sekelililing. - Gambar fail
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Antara 11 mangsa yang maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru dan sembilan pelajar.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.