MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC

Mohamad berkata, tanpa tindakan tegas komuniti antarabangsa, Israel percaya ia adalah kebal daripada sebarang kemungkinan.
ISTANBUL: Jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan, tegas Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kekejaman Israel di Gaza perlu ditangani segera agar tidak terus mengorbankan nyawa dan mencetuskan keganasan berterusan.
- Malaysia kekal menyokong Palestin dan menyeru penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
- Malaysia juga mencadangkan perluasan kerjasama ekonomi OIC dan menentang Islamofobia yang dijadikan alasan untuk jenayah terhadap umat Islam.
“Seperti mana yang kita lihat sejak kebelakangan ini, tindakan haram Israel yang agresif terhadap Iran yang mengakibatkan kematian orang yang tidak bersalah.
"Kelumpuhan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap kekejaman Israel sangat memalukan,” tegasnya lagi.
Mohamad berkata demikian sewaktu berucap di Mesyuarat ke-5 Menteri-menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertemakan ‘OIC Dalam Dunia Yang Berubah’, di Istanbul pada Sabtu.
Dalam pada itu beliau berkata, Malaysia akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin, dan menggesa komuniti global untuk menumpukan usaha dalam merealisasikan penubuhan negara Palestin yang bebas, dan Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya, berdasarkan garis sempadan sebelum 1967.
Selain itu beliau berkata, Malaysia turut menggesa kerjasama yang erat antara Wakil Khas Untuk Memerangi Islamofobia dan Wakil Khas Setiausaha Agung OIC, dengan tumpuan kepada mempromosi kefahaman merentasi kepercayaan.
“Insiden tentang diskriminasi dan serangan terhadap Muslim telah mencapai tahap yang baharu.
"Normalisasi Islamofobia sekali lagi menjadi justifikasi utama Israel dalam melakukan jenayah terhadap Palestin dan Iran, selain pembunuhan Muslim di beberapa negara,” ujarnya.
Mohamad berkata, pada sidang kemuncak ASEAN-GCC-China baru-baru ini, satu perkongsian ekonomi yang bersejarah telah berlangsung, dengan Malaysia percaya ia mampu membantu negara-negara membangun yang terlibat untuk menangani impak perang tarif AS-China.
OIC, katanya lagi, sebagai organisasi antara kerajaan yang kedua terbesar di dunia, turut mempunyai potensi yang cukup luas untuk menggunapakai konsep perjanjian ekonomi tersebut.
“Justeru, Malaysia mencadangkan agar Sistem Keutamaan Perdagangan OIC diperluas, dan halangan perdagangan dikurangkan, dengan tujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi di kalangan negara anggota,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami