awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bimbang, pelepasan air empangan dikawal rapi Air Selangor - LUAS

Bernama
Bernama
02/12/2022
15:39 MYT
Jangan bimbang, pelepasan air empangan dikawal rapi Air Selangor - LUAS
LUAS berkata tiada pelepasan air dari empangan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan trend menaik serta hujan yang lebat di kawasan hilir. - Gambar fail
SHAH ALAM: Sebarang pelepasan air empangan dilaksanakan secara berperingkat dan dikawal rapi oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi kesemua empangan yang terlibat dengan mengambil kira keadaan trend paras sungai dan perubahan cuaca semasa.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata susulan tular maklumat berhubung Jadual Perancangan Pelepasan Air Empangan Langat dan Empangan Semenyih yang dikeluarkan LUAS pada hari ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, pihaknya menegaskan bahawa jadual itu disediakan sehari sebelum tarikh pelepasan air empangan bagi tujuan pemakluman awal kepada agensi-agensi negeri yang berkaitan.
"Pemakluman awal tersebut bertujuan untuk memberi perhatian awal melibatkan kawasan-kawasan rendah di bahagian hilir empangan di mana data perancangan pelepasan tersebut adalah merupakan perancangan yang dibuat semalam bagi kegunaan muka sauk Loji Rawatan Air selain bagi tujuan kesiapsiagaan penyediaan ruang takungan untuk musim Monsun Timur Laut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, LUAS berkata tiada pelepasan akan dibuat sekiranya paras sungai menunjukkan trend menaik serta hujan yang lebat di kawasan hilir.
Orang awam digalakkan untuk merujuk maklumat di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), https://publicinfobanjir.water.gov.my/ dan laman sesawang Jabatan Meterologi Malaysia, https://www.met.gov.my/?lang=en bagi maklumat berkaitan.
Selain itu, orang ramai boleh melayari portal Integrated Water Resources Information Management System (IWRIMS) bagi mendapatkan info berkaitan empangan seperti paras air, kapasiti dan peratusan takungan dan jumlah hujan di empangan di https://iwrims.luas.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelepasan air empangan
#LUAS
#Empangan Langat
#Empangan Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan