Organisasi-organisasi kemanusiaan menyeru agar rakyat Malaysia menghulurkan bantuan bagi mangsa taufan Haiyan yang melanda timur Filipina.
Walaubagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya tidak menderma makanan dalam tin atau pakaian yang sudah buruk sebagai satu tempat untuk membuang barangan yang tidak diperlukan.
“Diharap semua menjadi lebih prihatin terhadap mereka yang berada dalam keadaan sengsara di sana. Pakaian yang sudah terkoyak rabak tidak dapat membantu mereka.
“Lebih elok jika anda menderma duit atau selimut memandangkan cuaca yang tidak menentu di sana,” kata jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Liza Ramli.
“Kami di PBSM lebih mementingkan bantuan dari segi wang, makanan dan minuman. Untuk pengetahuan orang ramai, mangsa taufan Haiyan di Filipina berada dalam keadaan terdesak sehingga tidak mempunyai bekalan air. Inilah keutamaan kami sekarang iaitu mendapatkan keperluan asas untuk mereka,” tambah Liza.
Bagi PBSM, skuad bantuannya akan diketuai oleh Naib Pengerusi Kebangsaan dan Pengerusi (Pengurusan Bencana Kebangsaan & Jawatankuasa Ambulans Kecemasan) Datuk Dr Bahari Abu Mansor dalam usaha menyelamat dan pemulihan bencana buruk itu.
Sementara itu, Pengurus Bahagian Program dan Bantuan Islamic Relief Malaysia, Kamarul Halim Sakrani berkata, cara terbaik memberi bantuan adalah dengan menyumbang wang.
“Rakyat Malaysia memang prihatin apabila berlaku kejadian seperti ini. Tetapi, dengan menghantar pakaian, air minuman atau makanan dalam tin, ini sebenarnya lebih membebankan kerana dalam keadaan darurat seperti sekarang di Filipina, proses membawa masuk barangan berat adalah mustahil.
“Lebih baik jika orang ramai menderma wang dan pihak organisasi kemanusiaan akan membeli barangan keperluan di sana.
“Sebagai contoh, untuk ke Pulau Leyte, kami perlu bertolak dari Kuala Lumpur ke Manila, kemudian ke Cebu dan seterusnya baru ke Pulau Leyte. Perjalanan ini memakan masa dan kos yang tinggi,” kata Kamarul.
Beliau turut menerangkan bahawa tidak mudah untuk orang ramai menawarkan diri menjadi sukarelawan turut serta pergi ke Filipina memandangkan keadaan dan cuaca yang tidak menentu.
Ini kerana menurut beliau, semua agensi dan organisasi kemanusiaan seluruh dunia akan menghantar wakil mereka bagi menghulurkan bantuan di sana dan terdapat peruntukan bilangan wakil yang boleh dihantar oleh setiap negara.
“Wakil kami dari Indonesia kini sudah berada di sana untuk memberi lampu hijau sama ada wakil kami dari Malaysia dan England boleh turut serta dalam misi bantuan ini atau tidak. Ini kerana, gelombang kedua dijangka berlaku dan langkah berjaga-jaga perlu diambil,” tambah Kamarul.
Arfa Yunus
Wed Nov 13 2013
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Taufan Mangkhut mula membadai Pulau Luzon
Pihak berkuasa negara itu melaporkan, Mangkhut membawa bersama hujan lebat dan banjir serta ribut kencang.
Sekurang-kurangnya tiga maut akibat Taufan Melor
Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian berkaitan Taufan Melor yang membadai tengah Filipina sejak Ahad.
Sekolah dibuka semula di Filipina
Sekolah dibuka semula di kawasan yang terjejas akibat Taufan Haiyan walaupun murid dan ibu bapa masih dalam keadaan trauma.
SMS bantu mangsa taufan Haiyan
Orang ramai kini boleh menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina hanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Sukarelawan KP1M selamat tiba di tanah air
Objektif misi kemanusiaan tersebut dilihat tercapai apabila semua 60 tan makanan yang dibawa dapat diagihkan.
Mangsa taufan Haiyan berhadapan risiko penyakit
Mangsa taufan Haiyan kini berhadapan risiko penyakit colera, hepatitis, dyrea coad, demam panas dan pelbagai simptom penyakit pasca bencana.
Burauen dijadikan kawasan angkat KP1M
KP1M rancang jadikan daerah Burauen sebagai kawasan angkat untuk pembangunan semula pasca tragedi taufan Haiyan.
Presiden KP1M Abdul Azeez cedera, kepala dihempap palang khemah
Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan.
Lebih ramai pegawai perubatan dijangka dihantar ke Filipina
Lebih ramai pegawai perubatan dijangka dihantar menyertai misi kemanusiaan di Filipina setelah negara itu dibadai bencana Taufan Haiyan.
Penduduk kecewa kerajaan Filipina lewat urus mayat
Penduduk sekitar Burungay 88 menyatakan perasaan kecewa dengan tindakan kerajaan Filipina yang disifatkan lambat menguruskan mayat.