awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna dawai kokot atau berdepan kompaun

Bernama
Bernama
31/05/2018
07:00 MYT
Jangan guna dawai kokot atau berdepan kompaun
Penggunaan dawai kokot ini boleh memudaratkan pengguna khususnya kanak-kanak yang mungkin akan tertelan barangan tersebut.
Semua peniaga di 33 bazar Ramadan di daerah ini diingatkan untuk tidak menggunakan dawai kokot pada bungkusan produk jualan mereka atau berhadapan dengan tindakan kompaun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang Abd Rahim Muda berkata peniaga yang gagal mematuhi syarat ditetapkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM250.
Katanya, ketetapan mengharamkan penggunaan dawai kokot adalah bagi tujuan keselamatan memandangkan terdapat kemungkinan pengguna khususnya kanak-kanak boleh tertelan barangan tersebut.
"Terdapat peniaga yang gemar menggunakan dawai kokot pada pembungkus makanan, plastik sos atau makanan yang dibalut dengan daun pisang seperti pulut panggang ekoran lebih mudah dan murah.
"Bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan bahaya dan kita mahu peniaga memikirkan alternatif lain bagi menggantikan dawai kokot," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di bazar Ramadan Mahkota Square di sini, semalam.
Abd Rahim menambah pihak MPK juga telah memaklumkan larangan penggunaan dawai kokot kepada 1,887 peniaga bazar di sekitar Kuantan sebelum mereka memulakan perniagaan pada 1 Ramadan lepas.
Selain dawai kokot, mereka juga dinasihatkan untuk tidak mengunakan pembungkus makanan polisterin dan mengamalkan amalan pengendalian makanan yang baik seperti memakai sarung tangan dan penutup mulut, katanya.
"MPK telah memulakan pemantauan di semua bazar di daerah ini sejak bermulanya puasa dan didapati masih ada peniaga yang menggunakan dawai kokot dan bekas polisterin.
"Pada minggu pertama puasa, MPK memberi amaran kepada peniaga untuk menambah baik amalan perniagaan mereka, namun memandangkan kita sudah dua minggu menjalani ibadah puasa, tindakan kompaun akan dikenakan.
"Setakat ini, lima peniaga sudah dikenakan kompaun atas kesalahan dawai kokot iaitu di bazar Ramadan Taman Tas dan Balok," katanya.
Abd Rahim juga memberitahu MPK akan terus membuat pemantauan terhadap pengemis yang mengambil kesempatan di bazar Ramadan, yang kebanyakannya melibatkan warga asing. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#dawai kokot
#kompaun
#Majlis Perbandaran Kuantan
#makanan
#stapler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan