awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan guna platform politik untuk kepentingan perniagaan dan peribadi' - TPM

Tan Su Lin
Tan Su Lin
09/01/2016
08:02 MYT
'Jangan guna platform politik untuk kepentingan perniagaan dan  peribadi' - TPM
ZAHID: Seharusnya kita guna kedudukan politik bukan untuk perniagaan tetapi tujuan politik memperkukuhkan sokongan rakyat kepada organisasi politik. - BERNAMA pic
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak menggunakan platform politik untuk kepentingan peribadi dan perniagaan.
Dr Ahmad Zahid memberi peringatan itu kepada segelintir pihak yang dikatakan terlibat dalam politik sebagai landasan untuk meluaskan perniagaan mereka.
"Ramai orang tidak tahu dan ramai orang buat silap.
"Yang mahu berniaga dengan jawatan politik, bertanding satu jawatan di peringkat bahagian, peringkat nasional supaya jadi terkenal."
"Lepas itu lobi sultan, lobi gabenor untuk dapatkan gelaran "Datuk" kerana ada nilai komersial, jadi di situ jadi mudah dapat 'negotiated tender', 'selected tender' dan sebagainya," kata beliau pada Majlis Pelancaran Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (Jump) anjuran Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Namun tegas beliau, perlu ada titik pemisah dalam hal berkenaan bagi mengelak korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
"Seharusnya kita guna kedudukan politik bukan untuk perniagaan tetapi tujuan politik memperkukuhkan sokongan rakyat kepada organisasi politik bukan untuk kepentingan peribadi.
"Apa yang berlaku, politik dia nak pegang, bisnes pun dia nak pegang. Berilah peluang kepada orang lain khususnya usahawan muda. Orang bisnes, biarlah jaga bisnes, jangan terlibat dalam politik supaya tidak ada kepentingan peribadi. Tambah pula, ada orang poilitik yang berniaga tanpa modal. Modalnya hanya modal air liur," katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Zahid turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas kabinet bagi membantu usahawan muda tidak lama lagi yang bakal dipergerusikan oleh beliau sendiri.
Jawatankuasa itu juga akan menyelaraskan usaha bagi memperkasa golongan berkenaan selaras dengan hasrat melahirkan 10,000 usahawan muda menjelang tahun 2020.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Datuk
#Korupsi
#lobi
#politik
#Sultan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan