Skip to main content

Malaysia

Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan

41763906663_PDRMLogoPolisLo.jpg
Siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan konflik antara beberapa individu dalam kumpulan tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

IPOH: Punca seorang lelaki yang maut ditetak di Buntong di sini malam tadi dipercayai berpunca daripada perselisihan antara kumpulan, kata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden itu melibatkan konflik antara beberapa individu dalam kumpulan tertentu dan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

Advertisement

"Berdasarkan siasatan awal, ia lebih kepada gang dispute atau pergaduhan kumpulan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah Kontinjen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Meru Raya hari ini.

Noor Hisam berkata seorang suspek berumur 23 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.

"Rakan-rakan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital (Raja Permaisuri Bainun),” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video